OBJEKTIF KAJIAN
i)
Mengenalpasti sistem ,aplikasi dan ergonomik tabung masjid yang berpotensi bagi
mencapai tahap optimum keselesaan pengguna.
ii)
Mengkaji sistem dan aplikasi bagi memudahkan urusan pengguna dengan sistematik.
iii)
Menghasilkan tabung masjid yang berkonsepkan dwifungsi .
iv) Membuat validasi terhadap reka bentuk baru bersama
system dan aplikasi berdasarkan persepsi pengguna.
SKOP KAJIAN
Skop
kajian adalah mengkaji jenis tabung masjid
dan dwi-fungsi seperti mesin wang(ATM) yang dapat diubah suai sebagai
Tabung masjid yang mampu memudahkan urusan pengguna atau qariah masjid. Rekaan
ini menfokuskan pada kegunaan dalaman masjid dan bagi memberi kemudahan kepada
pengguna dengan lebih sistematik, selamat dan mudah digunakan. Kajian turut
menfokuskan terhadap golongan yang bekerja dan anak qariah masjid yang sentiasa
ke masjid bagi menunaikan perintah agama dan disamping membolehkan mereka untuk
membuat sesuatu bayaran zakat dan derma kepada sesuatu institusi yang
memerlukan derma..
LOKASI KAJIAN
Penyelidikan
ini dijalankan di sekitar masjid Kota samarahan dan Kuching terutamanya masjid
Jamek yang terletak di Petra jaya,Kuching,Sarawak.Tujuan kajian ini adalah
mengenalpasti “ Tabung Masjid” yang sedia ada dari segi pemasalahan sistem
,aplikasi dan juga reka bentuk.Kajian ini sangat penting bagi mendapatkan
maklumat dengan lebih terperinci daripada pengguna.Pengkaji turut mengkaji di
beberapa buah masjid sekitar Kuching untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment