IDEA REKA BENTUK TABUNG MASJID
Wednesday, 26 November 2014
Thursday, 13 November 2014
OBJEKTIF KAJIAN
i)
Mengenalpasti sistem ,aplikasi dan ergonomik tabung masjid yang berpotensi bagi
mencapai tahap optimum keselesaan pengguna.
ii)
Mengkaji sistem dan aplikasi bagi memudahkan urusan pengguna dengan sistematik.
iii)
Menghasilkan tabung masjid yang berkonsepkan dwifungsi .
iv) Membuat validasi terhadap reka bentuk baru bersama
system dan aplikasi berdasarkan persepsi pengguna.
SKOP KAJIAN
Skop
kajian adalah mengkaji jenis tabung masjid
dan dwi-fungsi seperti mesin wang(ATM) yang dapat diubah suai sebagai
Tabung masjid yang mampu memudahkan urusan pengguna atau qariah masjid. Rekaan
ini menfokuskan pada kegunaan dalaman masjid dan bagi memberi kemudahan kepada
pengguna dengan lebih sistematik, selamat dan mudah digunakan. Kajian turut
menfokuskan terhadap golongan yang bekerja dan anak qariah masjid yang sentiasa
ke masjid bagi menunaikan perintah agama dan disamping membolehkan mereka untuk
membuat sesuatu bayaran zakat dan derma kepada sesuatu institusi yang
memerlukan derma..
LOKASI KAJIAN
Penyelidikan
ini dijalankan di sekitar masjid Kota samarahan dan Kuching terutamanya masjid
Jamek yang terletak di Petra jaya,Kuching,Sarawak.Tujuan kajian ini adalah
mengenalpasti “ Tabung Masjid” yang sedia ada dari segi pemasalahan sistem
,aplikasi dan juga reka bentuk.Kajian ini sangat penting bagi mendapatkan
maklumat dengan lebih terperinci daripada pengguna.Pengkaji turut mengkaji di
beberapa buah masjid sekitar Kuching untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.
Tuesday, 4 November 2014
PENGENALAN
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sistem dan aplikasi tabung
masjid yang belum kita lihat di beberapa masjid.Tabung ini akan diperbaharui
dengan sistem dan aplikasi yang lebih moden
dan memudahkan para muslim dalam menjalankan aktiviti menderma.Tabung
masjid yang akan dihasilkan adalah untuk
jangka masa 10 tahun yang akan datang bersama inovasi sistem
dan aplikasi yang lebih canggih dan berkonsepkan seperti mesin atm Tabung
bertujuan bagi memudahkan para muslim menderma wang atau menjalankan sesuatu
ibadah derma mengikut tujuan derma yang
diperlukan.
Gambar 1, menunjukkan tabung masjid sedia ada
Thursday, 18 September 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)